Jumaat, 20 November 2009

MAJLIS SESI BERTEMU PENDUDUK 15/11/09







Selasa, 17 November 2009

PROSES MENCANTIKKAN... [ 1 ]

Semalam kena kerah tenaga. MyEm0.Com

Macam teruk je dengar. ceh!

Bukan kena kerah tenaga buat kerja berat pun. Cuma kena kerah tenaga dan idea MyEm0.Com untuk menconteng kat permukaan kompang.

Bukan kreatif mana pun. Takat conteng-conteng tu memang takde hal la. MyEm0.Com

Jom saksikan aku buat kerja





Sampai setakat sini sahaja idea aku di muntahkan.



Tunggu di episod yang seterusnya, untuk melihat hasilnya.

MyEm0.Com

notajarigebu :- Sebagai upah, big tokei blog ni kena la banjer aku makan satey MyEm0.Com

Isnin, 16 November 2009

PENJARA KAJANG

Perlawanan persahabatan [bawah 15tahun] di antara anak-anak warden penjara dengan Sungai Balak, Kajang

Keputusan :-

3 - 1

Tahniah! kepada anak-anak warden penjara.

Pada pasukan Sungai Balak, Kajang usaha lagi dengan lebih gigih.

Terima kasih juga pada pemain import dari Taman Equine, yang mewakili untuk Sungai Balak, Kajang. [ patutlah kalah hahaha...]



PERTAMA KALI

Bagai tak percaya. Tapi mahu tak mahu kena percaya juga.

Kenapa?

Apa lagi, dapat job la.

Pertama kali bermain kompang di majlis perkahwinan.
Majlis di adakan dekat Taman Botani, Putrajaya.

Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar yang diberikan oleh tenaga pengajar dari Taman Equine dan Sungai Balak, Kajang. Maka merasalah mereka-mereka ini bermain secara live.

Amacam... seronok tak?

Uissshhh... jangan di tanya. Mestilah jawapannya seronok.





Jumaat, 9 Oktober 2009

GOTONG ROYONG

Sebenarnya gambar budak-budak ni dah lama terperap dekat dalam laptop aku. Bila nak tepekkan je dekat sini, asyik terlupa. Terlalu banyak menda yang nak di masukkan. Akhirnya semua posting sangkut.

Tak kisahlah janji ada n3 baru hehehe

Ni semua adalah budak-budak yang bermain kompang. Lepas ajar budak-budak ni main kompang, langsung ajak dorang buat amal bakti dekat surau sendiri.

Bukan main lagi dorang ni bila dah dapat pegang penggelek cat ni. Tengoklah gelagat-gelagat dorang ni. Baru tau seronok bila dapat buat kerja amal.








KHASIAT LAMPU GARAM



Sekali sekala nak juga bercerita tentang dunia luar. Ialah kalau asyik berbicarakan pasal dunia sukan dan rekreasi nanti kita akan menjadi boring. Jadi di sini aku nak kongsi dengan semua tentang khasiat pasal lampu garam ni.

Dan untuk pengetahuan semua aku dah pun memiliki lampu garam ni. Memang cantik bila di pasang pada waktu malam. Romantiklah suasana rumah. Kenalah pulak rega dia cukup murah. Kira mampu miliklah.... cewah... cam nak beli rumah lak hahaha.

Aku beli lampu garam ni sebiji RM15hengget. Amacam... murah tak. Kalau kat tempat lain memang tak dapat rega ni. Kalau tak silap dekat luar rega dia untuk 2kilo sahaja dah RM45hengget. Jauh ke tidak perbezaan dia. So! ada yang dah berkenan ke?

Ok kita tengok khasiat yang ada pada lampu garam ni...

Antara kebaikan yang ada dalam Garam Gunung ini ialah

- mengimbangkan tekanan darah,
- meleraikan gumpalan sel-sel darah merah,
- meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh dan
- melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah.
- Selain itu juga ia dapat membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang,
- Meningkatkan kosentrasi semasa belajar
- Mengurangkan stres
- Meneutralkan ion-ion positif
- Memberi atmosfera yang menenangkan
- Mengurangkan keletihan
- Mengurangkan elektromagnetik
- Memudahkan bayi dan kanak-kanak untuk tidur
- Mengurangkan bau asap rokok jika diletakkan di kawasan merokok
- Melegakan migrain
- Meningkatkan kadar serotonin dalam saluran darah
- Membantu mengurangkan penyakit sinus
- Meningkatkan imunisasi tubuh badan
- Mengurangkan sakit selsema
- menyelaraskan kelancaran perutusan sistem saraf serta membekalkan elemen-elemen yang diperlukan dalam pembentukan pelbagai cairan dalam tubuh seperti hormon, enzim dan sebagainya.

Di samping itu, ia bertindak sebagai pembantu dalam memperbaharui semula sel-sel, menghapuskan radikal-radikal bebas dalam tubuh dan membantu pergerakan otot-otot usus. Garam Gunung ini juga boleh seimbangkan mineral sistem metabolik dengan lebih sempurna, menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari kekurangan mineral dan membantu penyerapan vitamin dengan lebih cepat.

Garam biasa yang terdapat di dalam pasaran, kebanyakkannya adalah garam laut yang telah diproses menjadi 99 peratus Natrium Klorida (NaCl). Menurut kajian Dr. Barbara Hendel dan Pakar Biofizik, Dr. Peter Ferreira dalam bukunya “Water & Salt, The Essence of Life,” manusia menggunakan 12 hingga 20 gram garam biasa sehari. Ginjal manusia hanya boleh memproses keluar lima hingga tujuh gram garam sehari dan yang selebihnya akan ditinggalkan dalam tubuh badan.

Penggunaan garam biasa tersebut, lama-kelamaan akan menjadi toksik dalam tubuh badan manusia. Bagi menyingkirkan toksik tersebut tubuh badan manusia memerlukan air yang banyak dan akan meningkatkan kadar isipadu darah. Ini boleh mengakibatkan tekanan darah seseorang itu meningkat. Apabila tekanan darah meningkat, seseorang itu boleh mengalami masalah jantung.

Apabila badan ingin menyingkirkan toksik, ia akan bergabung dengan kalsium yang terdapat dalam tulang. Ini adalah tindakbalas semulajadi badan yang akan mengakibatkan ramai di antara kita menghidapi osteoporosis atau tulang reput. Sisa kalsium yang tertinggal dalan tubuh badan semasa proses penyingkiran toksik, tidak dapat diproses oleh ginjal yang akan mengakibatkan penyakit batu karang seterusnya masalah buah pinggang.

NaCl yang bergabung dengan protein haiwan tak cerna (asid urik) akan membentuk kristal-kristal dalam darah. Kristal-kristal ini akan tersangkut dan berkumpul dalam saluran darah serta sendi-sendi yang akan membawa kepada masalah gout, athritis, rumatoid athritis dan ostoe athiritis. Proses penyingkiran NaCl akan menyebabkan pengeluran mineral yang penting untuk pengurusan elektrolit yang amat penting untuk sistem saraf. NaCl juga mengakibatkan gumpalan-gumpalan sel dalam darah. Ini akan mengakibatkan angin ahmar atau saluran darah tersumbat.

Garam laut yang diproses ini juga telah ditambah dengan Aluminium Hidroksid di mana pengambilan secara berlebihan membawa kepada penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Oleh itu penggunaan garam biasa akan menyebabkan anda mengalami pelbagai masalah kesihatan yang berpanjangan. Terdapat sebanyak 15 jenis produk yang mengandungi Garam Gunung di mana setiap produk tersebut mempunyai keistimewaannya dan khasiatnya.

Di antaranya ialah Kristal Garam, Garam Masak, Garam Meja, Skrub Aroma, Rendaman Kaki Aromaterapi, Rendaman Kaki, Krim Urut, Ubat Gigi, Sabun Habbatus sauda, Coffee 3 in 1, Fiber Mineral, Haruali, Habbatus Sauda, Propolis dan Lampu Terapi. Bagi Lampu Terapi Garam Gunung mempunyai elemen biofizik yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup seperti penghasilan ion negatif untuk membersihkan udara secara mesra alam, ringkas dan berkesan.

Selain itu ia berfungsi meneutralkan dan mengimbangkan frekuensi elektromagnetik serta berfungsi sebagai terapi cahaya berwarna. Lampu Terapi ini digunakan adalah untuk mengembalikan ion negatif seperti di kawasan pergunungan dan air terjun yang sememangnya mempunyai tahap kesegaran udara yang tinggi. Ini kerana udara yang terion dapat mengurangkan bakteria di persekitarannya.

Lampu Terapi Garam Gunung boleh diletakkan di bilik bacaan, ruang tamu dan bilik tidur. Selain itu, ia juga boleh diletakkan di ruangan pejabat yang terdedah dengan peralatan komputer dan penghawa dingin serta di ruangan klinik-klinik dan hospital yang terdedah dengan pelbagai jenis jangkitan, kuman dan bakteria.


Rabu, 7 Oktober 2009

OPEN SURAU

Sebelum aku cite pasal open surau. Ni aku ada skit bahan untuk korang tatap kerja-kerja membakar lemang.

Selain lemang surau juga ada masak rendang daging kerbau. huisshhh... cam sedap je dengar. Ada juga juadah lain yang di masakkan bersama. Tapi aku tak sempat nak snap pic masakkan lain. Sibuk layan lemang langsung terlupa heeeee...



Di bawah ni pula acara OPEN SURAU bermula. Dato' Satim bin Diman pun ada datang. Baguslah datang bercampur dengan orang awam. Alang-alang dah jemput tu jadi kenalah datangkan. tapi Dato' bila nak buat OPEN PADANG hehehe.




Inilah sebahagian pic yang dapat aku tepekkan dekat sini. Ini pun aku songlap pic dari blog surau heuheuheu. Masa aku pergi OPEN SURAU ni, terlupa lak nak ambil gambar. Al-maklumlah sibuk melayan perut kehkhekeh.