| Nama sebenar beliau ialah Mohamed Misbun Bin Dato’ Sidek dilahirkan pada 17 Februari 1960 di Banting, Selangor. Misbun Haji Sidek merupakan pemain badminton pertama di negara ini yang mencapai taraf antarabangsa ketika berusia 24 tahun. Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia badminton beliau telah menunjukkan komitmen yang penuh dedikasi sehingga telah dikurniakan pingat kebesaran BSD, AMP, AMN, PJK. Jawatan yang dipegang oleh beliau sepanjang penglibatan di dalam dunia badminton ialah sebagai Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Mulai 1996 hingga 31 Disember 2002), Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Mulai 1 Januari hingga sekarang), Ketua Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2003 hingga 31 Disember 2004) dan Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2005 hingga sekarang). | | |||
| | Pencapaian beliau dari awal penglibatan iaitu tahun 1976 sehingga 2005: 1976 Juara Kebangsaan B -18 1977 Juara Kebangsaan B -18 1978 Juara Kebangsaan B -18 1979 Juara Kebangsaan B -21 1980 Juara Kebangsaan, Pemegang Pingat Gangsa Bergu Lelaki Kejohanan Dunia (bersama Jalani), Jakarta 1981 Juara Perseorangan Terbuka Jerman, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia Pingat Emas Perseorangan Sea Games di Manila,Olahragawan Kebangsaan 1982 Juara Perseorangan Terbuka Sweden, Naib Juara Perseorangan Piala Dunia,Semi Finalis Perseorangan All England, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia 1983 Juara Perseorangan Terbuka Jerman, Juara Perseorangan Terbuka Sweden, Juara Perseorangan Terbuka Kanada, Semi Finalis Perseorangan Kejohanan Dunia, Tempat ke-3 Perseorangan Sirkit Pro-Kennex 1985 Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia 1986 Juara Perseorangan Terbuka Malaysia, Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia, Naib Juara Kejohanan All England 1987 Juara Perseorangan Terbuka Chinese Taipei, Juara Perseorangan Piala Konica (Singapore), Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia 1988 Naib Juara Perseorangan Akhir Grand Prix Dunia, Naib Johan Piala Thomas(pasukan) 1990 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 1992 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 1994 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 1996 Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Atlanta 1998 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 2000 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia 2002 Memenangi 3 pingat emas dalam acara perseorangan lelaki berpasukan dan bergu campuran bawah kategori 35 tahun ke atas di World Masters Games, Melbourne, Australia, Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Menerima penghargaan khas daripada Persatuan Badminton Melayu Malaysia, Menerima Penghargaan khas daripada Majlis Sukan Negeri Selangor, Menerima Anugerah Jurulatih Kebangsaan daripada Majlis Sukan Negara 2004 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen 2005 Tenaga Jurulatih Ke Kejohanan Dunia, California USA | | ||
SUMBER: Misbun Sidek (2003). Badminton : teknik asas. Selangor : Do-It Future Sdn. Bhd. http://bulutangkis.web.infoseek.co.jp/nusa/b_misbun.htm http://www.pnm.my/yangpertama/Sohor_Misbun.htm | ||||
Ahad, 2 Ogos 2009
INFO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 kritikkan:
Catat Ulasan