Jumaat, 9 Oktober 2009

KHASIAT LAMPU GARAM



Sekali sekala nak juga bercerita tentang dunia luar. Ialah kalau asyik berbicarakan pasal dunia sukan dan rekreasi nanti kita akan menjadi boring. Jadi di sini aku nak kongsi dengan semua tentang khasiat pasal lampu garam ni.

Dan untuk pengetahuan semua aku dah pun memiliki lampu garam ni. Memang cantik bila di pasang pada waktu malam. Romantiklah suasana rumah. Kenalah pulak rega dia cukup murah. Kira mampu miliklah.... cewah... cam nak beli rumah lak hahaha.

Aku beli lampu garam ni sebiji RM15hengget. Amacam... murah tak. Kalau kat tempat lain memang tak dapat rega ni. Kalau tak silap dekat luar rega dia untuk 2kilo sahaja dah RM45hengget. Jauh ke tidak perbezaan dia. So! ada yang dah berkenan ke?

Ok kita tengok khasiat yang ada pada lampu garam ni...

Antara kebaikan yang ada dalam Garam Gunung ini ialah

- mengimbangkan tekanan darah,
- meleraikan gumpalan sel-sel darah merah,
- meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh dan
- melarutkan sebarang pengumpulan kalsium dalam darah.
- Selain itu juga ia dapat membekalkan zat mineral berbentuk ionik yang seimbang,
- Meningkatkan kosentrasi semasa belajar
- Mengurangkan stres
- Meneutralkan ion-ion positif
- Memberi atmosfera yang menenangkan
- Mengurangkan keletihan
- Mengurangkan elektromagnetik
- Memudahkan bayi dan kanak-kanak untuk tidur
- Mengurangkan bau asap rokok jika diletakkan di kawasan merokok
- Melegakan migrain
- Meningkatkan kadar serotonin dalam saluran darah
- Membantu mengurangkan penyakit sinus
- Meningkatkan imunisasi tubuh badan
- Mengurangkan sakit selsema
- menyelaraskan kelancaran perutusan sistem saraf serta membekalkan elemen-elemen yang diperlukan dalam pembentukan pelbagai cairan dalam tubuh seperti hormon, enzim dan sebagainya.

Di samping itu, ia bertindak sebagai pembantu dalam memperbaharui semula sel-sel, menghapuskan radikal-radikal bebas dalam tubuh dan membantu pergerakan otot-otot usus. Garam Gunung ini juga boleh seimbangkan mineral sistem metabolik dengan lebih sempurna, menyelesaikan masalah kesihatan yang berpunca dari kekurangan mineral dan membantu penyerapan vitamin dengan lebih cepat.

Garam biasa yang terdapat di dalam pasaran, kebanyakkannya adalah garam laut yang telah diproses menjadi 99 peratus Natrium Klorida (NaCl). Menurut kajian Dr. Barbara Hendel dan Pakar Biofizik, Dr. Peter Ferreira dalam bukunya “Water & Salt, The Essence of Life,” manusia menggunakan 12 hingga 20 gram garam biasa sehari. Ginjal manusia hanya boleh memproses keluar lima hingga tujuh gram garam sehari dan yang selebihnya akan ditinggalkan dalam tubuh badan.

Penggunaan garam biasa tersebut, lama-kelamaan akan menjadi toksik dalam tubuh badan manusia. Bagi menyingkirkan toksik tersebut tubuh badan manusia memerlukan air yang banyak dan akan meningkatkan kadar isipadu darah. Ini boleh mengakibatkan tekanan darah seseorang itu meningkat. Apabila tekanan darah meningkat, seseorang itu boleh mengalami masalah jantung.

Apabila badan ingin menyingkirkan toksik, ia akan bergabung dengan kalsium yang terdapat dalam tulang. Ini adalah tindakbalas semulajadi badan yang akan mengakibatkan ramai di antara kita menghidapi osteoporosis atau tulang reput. Sisa kalsium yang tertinggal dalan tubuh badan semasa proses penyingkiran toksik, tidak dapat diproses oleh ginjal yang akan mengakibatkan penyakit batu karang seterusnya masalah buah pinggang.

NaCl yang bergabung dengan protein haiwan tak cerna (asid urik) akan membentuk kristal-kristal dalam darah. Kristal-kristal ini akan tersangkut dan berkumpul dalam saluran darah serta sendi-sendi yang akan membawa kepada masalah gout, athritis, rumatoid athritis dan ostoe athiritis. Proses penyingkiran NaCl akan menyebabkan pengeluran mineral yang penting untuk pengurusan elektrolit yang amat penting untuk sistem saraf. NaCl juga mengakibatkan gumpalan-gumpalan sel dalam darah. Ini akan mengakibatkan angin ahmar atau saluran darah tersumbat.

Garam laut yang diproses ini juga telah ditambah dengan Aluminium Hidroksid di mana pengambilan secara berlebihan membawa kepada penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Oleh itu penggunaan garam biasa akan menyebabkan anda mengalami pelbagai masalah kesihatan yang berpanjangan. Terdapat sebanyak 15 jenis produk yang mengandungi Garam Gunung di mana setiap produk tersebut mempunyai keistimewaannya dan khasiatnya.

Di antaranya ialah Kristal Garam, Garam Masak, Garam Meja, Skrub Aroma, Rendaman Kaki Aromaterapi, Rendaman Kaki, Krim Urut, Ubat Gigi, Sabun Habbatus sauda, Coffee 3 in 1, Fiber Mineral, Haruali, Habbatus Sauda, Propolis dan Lampu Terapi. Bagi Lampu Terapi Garam Gunung mempunyai elemen biofizik yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup seperti penghasilan ion negatif untuk membersihkan udara secara mesra alam, ringkas dan berkesan.

Selain itu ia berfungsi meneutralkan dan mengimbangkan frekuensi elektromagnetik serta berfungsi sebagai terapi cahaya berwarna. Lampu Terapi ini digunakan adalah untuk mengembalikan ion negatif seperti di kawasan pergunungan dan air terjun yang sememangnya mempunyai tahap kesegaran udara yang tinggi. Ini kerana udara yang terion dapat mengurangkan bakteria di persekitarannya.

Lampu Terapi Garam Gunung boleh diletakkan di bilik bacaan, ruang tamu dan bilik tidur. Selain itu, ia juga boleh diletakkan di ruangan pejabat yang terdedah dengan peralatan komputer dan penghawa dingin serta di ruangan klinik-klinik dan hospital yang terdedah dengan pelbagai jenis jangkitan, kuman dan bakteria.


0 kritikkan: